FROM THE WRITTEN STONE oleh ninotaziz
‘FROM THE WRITTEN STONE’ adalah koleksi/antologi cerita-cerita Hikayat Melayu lama yang ditulis oleh ninotaziz dan diterbitkan olen Utusan Publishers and Distributors Sdn dan Bhd.
Hasil kesusasteraan Melayu tradisional lama yang termasyhur seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Shair Siti Zubaidah Perang China, Hikayat Malim Deman, Hikayat Hang Tuah, terutamanya Sejarah Melayu atau Sulalat-us-Salatin dan sebagainya adalah warisan kebudayaan yang tidak ternilai dan diakui keagungan karyanya. Malah sejak kurun ke 18, teks Sejarah Melayu menerima perhatian ahli sastera dan sejarah seperti Petrus Van Der Vorm (1707-1708), John Leyden, Sir Stamford Raffles dan Abdullah Munshi (kurun ke19), sehingga pengulasan dan kajian mendalam oleh R O Winstedt. Hari ini hikayat lama Melayu masih menjadi topic thesis PHD pengkaji-pengkaji kesasterawaan didalam negara serta diseluruh dunia seperti di London, Perancis dan di China.
Hikayat lama ini menyingkap peristiwa dan cerita-cerita asal keturunan raja-raja, sejarah setempat dan adat resam Melayu lama. Tapi hakikatnya, hikayat-hikayat ini kekal hingga hari ini oleh kerana tradisi penglipurlara yang menghiburkan para istana dan rakyat jelata sejak zaman silam lagi. Pada kurun ke 16, barulah timbul teks-teks hikayat yang di perintahkan penghasilannya supaya ‘hari pertuturan segala raja-raja Melayu serta adat istiadatnya supaya didengar oleh anak cucu kita yang kemudiannya dari kita dan diketahuinyalah segala perakataan syahadan beroleh faedahlah mereka daripadanya.”
Dalam konteks ini, sebagai penulis FROM THE WRITTEN STONE, saya mengutarakan tradisi penglipurlara ini sebagai penyumbang kesinambungan tradisi sastera Melayu. Cerita-cerita hikayat ini selain dari menghiburkan, juga mencerminkan budaya bangsa yang bertamadun, klasik dan cosmopolitan. Oleh itu, ianya patut diketengahkan sebagai satu warisan bangsa yang sama penting, jika tidak yang terpenting, setanding dengan warisan seni, kraf, pementasan dan sebagainya.
Warisan budaya akan hilang jika tidak diberi nafas baru oleh setiap generasi. Dengan menulis didalam Bahasa Inggeris, saya cuba memperkenalkan hikayat-hikayat Melayu kepada pembaca seperti pelajar, pelancung, diplomat, ahli-ahli korporat dengan harapan cerita-cerita ini sama masyhur seperti cerita-cerita agung lain seperti hasil nukilan Homer, Tolkien dan penyajak Sanskrit Valmiki. Cerita-cerita hikayat seperti Illiad, Lord of the Rings (walaupun baru 50 tahun, dikenali seluruh dunia) dan Ramayana malah ‘fairy tales’ menjadi bacaan lazim kanak-kanak seluruh dunia termasuk dinegara kita. Bukankah elok jika anak-anak bangsa kita dapat membaca cerita hikayat kita sendiri disamping mempelajari hikayat-hikayat lain dunia?
KEUNIKAN BUKU/VCD ‘FROM THE WRITTEN STONE’
1 Tidak banyak hikayat ditulis didalam bahasa Inggeris terutama untuk pembaca umum. Saya ingin mempopularkan hikayat ataupun cerita ‘folklore’ nusantara kita seperti yang dibuat olen penulis terkenal Andrew Lang.
2 FROM THE WRITTEN STONE ditulis didalam bahasa Inggeris gabungan bentuk ‘prose’ dan ‘poetry’ yang tinggi bentuk dan nilai penulisannya
3 Menggunakan illustrasi atau lukisan yang indah menerapkan ciri-ciri unik Malaysia seperti alam flora dan fauna, alat kegunaan harian, pemandangan indah yang lazim di bumi dan lautan kita, pemakaian tradisi klasik yang mencerminkan budaya Malaysia berbilang kaum.
4 Penerapan pantun asal hikayat untuk merakamkan keindahan bahasa Melayu asli dan asal yang telah ujud zaman berzaman, kekal hingga hari ini
5 Koleksi cerita-cerita yang mencerminkan budaya majmuk – satu warisan yang telah ujud berkurun lamanya di nusantara
6 Berdasarkan ‘research’ yang mendalam hikayat serta kajian sastera terkini
Saya berani mengatakan berdasarkan sebab-sebab diatas, tiada koleksi yang ujud hari ini seperti ‘FROM THE WRITTEN STONE’ serta buku-buku saya seterusnya ‘FROM THE GATHERING’ dan ‘FROM THE MAKYUNG’ terbitan Utusan Publications and Distributors.
Namun, terdapat cerita-cerita sejarah yang tertulis didalam bahasa Inggeris yang amat baik seperti ‘A CHILDREN’S HISTORY OF MALAYSIA’ yang ditulis oleh Tunku Halim terbitan Pelanduk.
Saya berazam terus giat menulis cerita-cerita hikayat nusantara kerana saya berpendapat hikayat lama kita amat kaya dengan nilai kesasterawaan. Oleh kerana Bahasa Melayu menjadi Lingua Franca dikurun ke 15, hikayat-hikayat Melayu juga berunsurkan sejarah dan ‘folklore’ serantau Campa, Indonesia, Siam dan sebagainya juga patut diperkenalkan sebagai hikayat Melayu lama.
SURREAL IS OUR LIFE TODAY
Il y a 4 ans
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire